Saturday, January 12, 2013

Wedding Cake - tempahan musim sekolah yg lalu..

Inilah sebahagian daripada wedding cake sempena cuti sekolah yang lepas .. Syukur alhamdulillah.. 
Terima kasih tidak terhingga kepada kalian yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyediakan kek kek ini di hari bersejarah anda...
Walaupun letih namun berbalas...

Tempahan dari  Ayuni - Balik Pulau






Tempahan dari Azza 













 Tempahan dari Amirah - Sg Ara








 Tempahan dari Rose - MAS 



 Tempahan dari Shefa - Sg Ara




Tempahan dari Israk & Ida - Bukit Merah









Thursday, January 10, 2013

DURIAN CREPE - TOP SELLING

Inilah produk yang terlaris & terhangat di pasaran untuk 2012 hingga ke hari ini..
Hampir setiap hari kami membuat penghantaran..
di sekitar  Sg Ara Georgetown / Sg Dua - USM / Sg Nibong / Aiport / Kawasan Perindustrian 
Bayan Lepas, Teluk Kumbar / Bayan Lepas dan Balik Pulau..
Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kami 
017 448 5061 & 016 414 7745









Wednesday, January 9, 2013

Suka Duka 2012 dan Selamat Datang 2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hampir 2 bulan tak update blog ni.. Kesibukan tempahan musim cuti sekolah yang lalu dan demam durian crepe hingga ke hari ini... Syukur padamu Ya Allah.. dengan rezeki datangnya darimu... 2012 adalah tahun yang paling berjaya dimana hampir keseluruhan yang diazami tercapai..  Kejayaan ini semua atas sokongan suami dan anak-anak yang sentiasa bersama dlm apa jua keadaan.. 
Namun 2012 juga tahun yang menyedihkan dimana, kami semua kehilangan 2 insan yang kami sayangi.. 
Tiada lagi mereka dimata kami.. tapi segala kenangan tersemat dihati.. segala celoteh masih segar di ingatan..
Moga arwah Buk dan Pak Su Lin ditempatkan dalam golongan yang beriman.. Amin...
Azam tahun ini pula akan mencuba sebaiknya peluang yang ada.. demi keluarga tercinta...
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pelanggan2 saya yang banyak memberi semangat  & sokongan untuk saya meneruskan usaha dalam bidang ini.. walaupun ada juga segelintir yang tidak dapat memenuhi permintaan mereka... Saya cuma insan biasa.. tak lepas dari melakukan kesalahan..
Moga tahun ini juga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup seterusnya...
Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...