Thursday, February 9, 2012

Al Fatihah ...Tiada lagi BUK dimata kita tetapi akan tetap di ingatan

Salam semua,

Lama sungguh saya tak update blog.. dek kerana kesibukan dengan rutin harian dan jugak menyiapkan order yang kebelakangan ini semakin bertambah... Syukur kepadamu Ya Allah, memurahkan rezeki kami sekeluarga dan juga memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian...

Dikesempatan ini saya nak mengabadikan kenangan dengan Tok saya  atau kami panggil dengan panggilan BUK..
Tanggal 2 Feb @ 2345hrs, tiada lagi BUK yang selama ini cukup terkenal dgn sifat pemurah, penyayang dan tidak lekang dengan senyuman apabila mendengar suara yang memanggilnya..
Usia arwah 94 tahun 3 bulan.. bertahan sehingga ke generasi ke 5....
Selama hampir 2 minggu dimasukkan ke hospital oleh kerana jangkitan kuman di paru-paru..
Arwah memiliki semangat yang kental dalam apa jua keadaan...
Mak kata dari muda hidupnya sentiasa diselubungi dugaan.. bermula dari kematian suami di usia muda, membesarkan anak-anak yang kecil dan sebagainya...
Kami akan merinduimu Buk...
Tiada lagi akan kedengaran suara dan gelagat latahnya..
Antara ayat yg sentiasa dibibir..
"Jangan biaq anak main tepi longkang dalam.. takut jatuh "
"Bagi anak-anak makan"..
"Jangan dok pukui anak sangat"..
"Mai minum kopi dulu .. Buk dah bancuh tadi.."
"Tu pi makan roti ada dalam tin"
Ayat2 ini sering diulang... sehinggakan lawatan terakhir kami ke hospital arwah masih sempat mempelawa utk makan ubi rebus.. tapi hakikatnya tiada pun ubi rebus disitu...
Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempat ke golongan orang yang soleh...
Tenang lah Buk disana...
Bagi kita yang masih bernyawa... Beringatlah... Dan jgn biarkan BUK terseksa disana...

Amin...

Buat Pak Yang sekeluarga.. terima kasih kerana telah menjaganya dengan baik sehingga ke akhir hayat...
Buat Mak... semoga mak kuat seperti arwah ibunya...
Pesanan arwah juga agar menjaga Pak Su Lin iaitu anak bongsunya yg sakit mental baik-baik.. Itulah yang diberi tahu pada Pak Yang dan Mak Yang sebelum dimasukkan ke hospital..

Antara photo yang sempat dirakam beberapa hari sebelum dia pergi selamanya.....

Hari kedua dimasukkan ke hospital.. Keadaan begitu lemah... Doktor kata makanan yang dimakan tak pergi direct ke usus tapi sebaliknya berkumpul di paru-paru....




2 hari sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...