Terima Kasih Cikgu Jaliah.. Delivery agak kelam kabut.. maklumlah Jumaat dan destinasi pulak kat Flamingo Hotel Tanjung Bungah.. Namun alhamdulillah.. sampai tepat pada waktunya..
Perniagaan saya buat masa ini beroperasi di rumah... Sg Ara.. Penang..
Saya isteri kepada En Azaneilazman,ibu kepada 5 cahayamata. Berkerja dalam sektor perkapalan dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk pendapatan sampingan.
Mula menceburkan diri dalam dunia bakery didorong oleh minat, semangat dan kekuatan untuk sebuah keluarga yang amat aku sayangi dan hargai.. Terima kasih atas dorongan & sokongan kalian semua.
Moga satu hari kita sekeluarga mencapai apa yang kita impikan... Amin..