Sejak kebelakangan ni sibuk skit.. Alhamdulillah order semakin bertambah.. Rezeki anak2.. Insyallah ada kelapangan aku akan update latest punya order.. Balik rumah. . jgn harap nak buka pc.. tak sempat..
Sebahagian dari 9 bijik yg di order oleh kawan2 Tini.. Terima kasih byk2.. Tak sempat nak ambik kesemua gambar.. kesuntukan masa.. janji 3.30 ptg.. Pukul 2.50 dok bakar yg last punya kek.. Terlewat 20 minit gak.. Sorry ye .. Azua..
Besday kek Noor ni pulak.. on the way balik opis.. dia call nak oder besday kek utk makan2 ptg sabtu tu.. Alhamdulillah.. dpt disiapkan jugakk.. walaupun terlewat skit.. bukan apa pi Jelutong beli barang2 dulu....
Diantara order yg dpt aku siapkan untuk pagi Jumaat punya delivery..
Balik-balik kerja tgk ada benda ni.. Lama dah teringin.. bukan mahai mana pun.. tapi dok tertangguh-tangguh... budget tu budget ni.. Terima kasih ye .. Ayah...
Kebelakangan ni kebanyakan tempahan untuk chocolate moist cake.. Ribuan terima kasih sekali lagi.. Tini / K.Ani & Dr Fauziah atas sokongan yg tak putus-putus..
Customer Tini nak moist cake yg sama decoration mcm yg aku buat last week..
Aku yg telah dianugerahkan dgn gelaran sebagai seorang ibu.. Betapa penatnya untuk membesarkan anak-anak sebagai mana orang tua ku menjagaku.. Segala pengorbananku selama ini.. nak ikutkan memang penat yg tak dapat nak di gambarkan.. Pagi hingga ptg berkerja.. balik opis kat rumah pulak, kdg kala hampir ke subuh.. Istilah letih @ penat harus dilontar jauh2.. Namun demi keluargaku.. ku teruskan jua.. Segala kepenatan akan terpadam bila menatap wajah mereka.. Moga kalian mengerti dan menghargai segala pengorbanan yang Mama dan Ayah telah berikan..
Alhamdulillah.. mlm tadi dpt siapkan 2nd order dari K.Ani.. Esok pun ada.. Terima kasih byk2 K.Ani for your support. So project mlm ni... moist cake (s) 3 bjk , moist cake (m) 1 dan Marble Cake Dr Fauziah 2 bjk..
Seribu satu kenangan nak buat kek bawah ni... Kawan Tini order untuk nenek tersayang.. Pelbagai dugaan.. Hanya Tini dan aku saja yg tahu cerita disebalik kek ini...
Perniagaan saya buat masa ini beroperasi di rumah... Sg Ara.. Penang..
Saya isteri kepada En Azaneilazman,ibu kepada 5 cahayamata. Berkerja dalam sektor perkapalan dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk pendapatan sampingan.
Mula menceburkan diri dalam dunia bakery didorong oleh minat, semangat dan kekuatan untuk sebuah keluarga yang amat aku sayangi dan hargai.. Terima kasih atas dorongan & sokongan kalian semua.
Moga satu hari kita sekeluarga mencapai apa yang kita impikan... Amin..